Wednesday, May 15, 2013

PENDEKATAN MEMBACA



Pada hari ini, kemajuan teknologi semakin meningkat dan berkembang maju. Oleh itu, memahami dan memiliki ilmu adalah sangat perlu agar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dengan cara yang betul dan mampu memberi masalah kepada semua manusia. Maka, sebagai pokok pangkalnya, setiap individu perlu mempunyai keupayaan untuk membaca dengan baik. Justeru, pelbagai pendekatan kemahiran membaca boleh dilaksanakan untuk mengajar murid-murid lantas dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca kepada yang lebih baik.

 Imbas kembali

Imbas kembali merujuk kepada mengingat semula sesuatu perkara yang pernah dilalui dan pernah diperolehi. Dalam hal ini, ia amat berkait rapat dengan pengalaman seseorang individu. Dalam konteks kemahiran membaca, pendekatan imbas kembali sesuai dilakukan terhadap kanak-kanak yang masih berada di awal usia persekolahan seperti pra-sekolah, tadika termasuklah murid sekolah rendah yang lain.  Begitu juga halnya bagi pelajar sekolah menengah, mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan individu yang lain. Menerusi pendekatan imbas kembali, masing-masing dapat meningkatkan pencapaian dalam kehidupan yang merangkumi aspek pendidikan, kerjaya dan seumpamanya.

 Berikut adalah kepentingan imbas kembali :

  •   Mengukuhkan ingatan murid sekolah terhadap abjad dan nombor asas yang pernah dipelajari
  •    Memudahkan pemahaman ketika guru mengajar
  •  Memahami isi kandungan pelajaran dengan cepat
  •   Murid dapat menyebut semula abjad dan nombor asas dengan baik.
  •  Meningkatkan daya ingatan



 Fonik 

Menggunakan cara fonik juga adalah cara untuk meningkatkan keupayaan pembacaan. Lazimnya, pendekatan menggunakan fonik akan dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang sukar untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Hari ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengimplementasikan Program Linus dan kelas pemulihan. Menerusi ppendekatan fonik, guru biasanya akan mengajar murid untuk mengenal abjad asas dan kemudiannya diikutu dengan mempelajari suku kata di mana, suku kata itu akan diajar satu-persatu sehingg murid menguasai kemahiran menyebutnya. Ketika mengajar fonik, cara yang sesuai digunakan adalah menggunakan kad huruf berwarna, kad bergambar, kad bergambar bersama suku kata. Oleh hal  yang demikian, murid akan mudah faham kerana mereka tertarik dengan kad yang mempunyai warna-warna yang menarik. 

Berikut adalah  kepentingan fonik :
  •   Murid mudah tertarik.
  •   Menarik perhatian murid.
  •  Kaedah pengajaran yang berperingkat
  •  Kaedah pembelajaran dari mudah ke susah
  •   Murid mudah mengingati huruf-huruf dan suku kata
  •  Mudah digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran




               
 Ilustrasi

Pendekatan membaca seharusnya sesuai untuk semua lapisan umur dan peringkat pendidikan.  Disebabkan hal tersebut, para pendidik pada zaman ini sentiasa berusaha dan berinovasi untuk memperkenalkan dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, cara menggunakan ilustrasi didapati dapat meningkatkan keupayaan pembacaan seseorang individu. Sesetengah murid, pelajar di sekolah menengah, para penuntut di institute pengajian tinggi, mereka yang telah berkerjaya mahupun ibu bapa di rumah, lebih selesa menggunakan bentuk-bentuk ilustrasi untuk membaca sesuatu. Contoh ilustrasi yang dimaksudkan adalah symbol-simbol pada peta, petunjuk di jalan raya, kata kunci pada peta minda, ringkasan perkataan yang terdapat di dalam nota-nota dan seumpamanya. Terbukti semua cara ini diterima oleh semua individu apabila kita sanagat memerlukannya dalam pelbagai situasi kehidupan kita.

 Kepentingan illustrasi :
  • Penggunaan gambar menjadikan pembelajaran lebih manarik.
  •   Menjimatkan ruang
  •   Menjimatkan masa
  •   Mudah difahami






Bentuk dan saiz tulisan yang sesuai

Dalam banyak hal, ramai di antara kita yang sering mengabaikan aspek kesesuaian tulisan ketika menulis sesuatu. Disebabkan oleh keinginan menyiapkan sesuatu dengan cepat, sebahagian besar individu tidak memikirkan kesan yang timbul akibat daripada tulisan yang kurang kemas sehingga menyukarkan orang lain untuk membaca. Oleh hal yang demikian, melatih diri menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur adalag penting untuk semua orang. Selain itu, saiz tulisan juga memainkan peranannya yang tersendiri. Tidak semua individu mampu membaca tulisan yang kecil. Masalah pada mata boleh sahaja menyukarkan seseorang ketika mereka membaca. Disebabkan itu, menulis menggunakan saiz tertentu perlu mengikut keperluan murid-murid ketika guru ingin membaca. Tambahan pula, pada zaman ini, kemudahan teknologi telah semakin sebati dalam proses pengajaran dan pembelajaran lalu menjadikan sebahagian individu semakin kurang menulis dan hanya berharap pada kekunci komputer sahaja.

 Kepentingan  bentuk dan saiz tulisan :
  • Tulisan yang kemas mudah dibaca
  •  Tulisan yang besar memudahkan individu yang bermasalah penglihatan (rabun teruk.
  •    Melatih keupayaan psikomotor halus
  •   Memastikan koordinasi mata dan tangan sentiasa berada dalam keadaan yang baik





Permainan

Bagi guru yang yang kreatif, tentunya mereka akan sentiasa memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Bagi melaksanakan pemdekatan membaca menerusi cara bermain, pelbagai inisiatif boleh dilakukan bersama dengan murid-murid. Untuk itu, bukan sekadar kemudahan elektronik sahaja boleh digunakan, tetapi juga menggunakan permainan teka silang kata, isi tempat kosong, Saidina, Sahiba dank ad perkataan/ ayat yang dibuat sendiri (lebih kreatif).

 Kepentingan permainan :
  •  Murid lebih ‘enjoy’
  •   Menunjukkan keupayaan guru melaksanakan P&P yang lebih ‘advance’
  • Pendedahan kepada murid untuk menggunakan dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat.
  •   Sesi P&P lebih menarik.






No comments:

Post a Comment