Thursday, May 16, 2013





ASSALAMUALAIKUM....


SELAMAT DATANG BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA. TERIMA KASIH SANGAT KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI MELAWAT DAN FOLLOW BLOG KAMI. KAMI BERSYUKUR SANGAT-SANGAT KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN KEKUATAN YANG DIBERIKAN OLEH-NYA, KAMI BEREMPAT MAMPU MENGHASILKAN SEBUAH BLOG YANG CUKUP BAGUS BAGI KAMI SEBAGAI AMATUR DALAM PEMBUATAN BLOG INI.HEHEHEHE..,HARAPAN KAMI ADALAH SEMOGA BLOG INI MAMPU MEMBERIKAN 1001 ILMU YANG BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA. SEBUT PASAL ILMU NI YER, SUKA SEKALI KAMI INGIN KONGSI KATA-KATA HIKMAH IMAM AL-GHAZALI DALAM NASIHAT AL-MULK. BELIAU MENGATAKAN, MANUSIA ADA EMPAT KATEGORI IAITU :

  • PERTAMA, SEORANG BERPENGETAHUAN DAN TAHU APA YANG DIA TAHU. DIALAH ORANG BERILMU.
  • KEDUA, ORANG BERPENGETAHUAN, TETAPI DIA TIDAK TAHU APA YANG DIA TAHU. DIALAH PELUPA. HENDAKLAH KAMU MENGINGATKANNYA.
  • KETIGA, ORANG TIDAK BERPENGETAHUAN DAN SEDAR DIA TIDAK TAHU. DIA MEMERLUKAN TUNJUK AJAR. HENDAKLAH KAMU MENGAJARNYA.
  • KEEMPAT, ORANG TIDAK BERPENGETAHUAN TETAPI TIDAK TAHU APA YANG DIA TIDAK TAHU. DIALAH ORANG YANG BODOH. HENDAKLAH KAMU MEMBERIKANNYA ILMU PENGETAHUAN.
SUDAH TENTU SAHABAT-SAHABAT SEMUA TIDAK MAHU BERADA DALAM KATEGORI TERAKHIR KAN. TETAPI, APABILA DIRENUNGI, SEJAUH MANA SEMANGAT KITA MENEROKAI DAN BERKONGSI ILMU DALAM PERSEKITARAN? JADI, KAMI SANGAT-SANGAT BERHARAP AGAR BLOG KAMI INI DAPAT BERKONGSI ILMU YANG KITA MASIH TIDAK TAHU.....SAMA-SAMA KITA MENCARI ILMU BUAT BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT...IN SHA ALLAH

MOGA SAHABAT-SAHABAT YANG DISAYANGI SEMUA INI ENJOY DENGAN BLOG HASIL KERJASAMA KAMI SEMUA.....

Wednesday, May 15, 2013

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

1. KHAN ACADEMY

Khan Academy merupakan satu laman sesawang yang dicipta khas oleh seorang bekas penuntut Universiti Harvard dan kaedah ini merupakan kaedah yang kreatif selaras dengan kemajuan teknologi. Merangkumi subjek kalkulus, trigonometri, kimia, fizik, biologi, ekonomi, matematik, sains sosial dan akaun.

Kaedah ini membantu pelajar untuk memahami sesuatu bab dengan mudah dengan cara pengajaran teknik yang berbeza. Selain itu, pengajaran melalui saluran terkini seperti You tube dan penggunaan warna dapat menarik ramai pelajar untuk memahami sesuatu dengan mudah.
Khan Academy juga menggunakan pendekatan auditori dan visual. Di samping itu, huraian nota yang diberikan lengkap, tidak menggunakan teori semata-mata dan menggunakan pendekatan dunia yang sebenar. Tambahan, Khan Academy memberikan contoh semasa untuk memudahkan proses pemahaman.













2. PETA MINDA KUNCI UNIVERSAL PEMIKIRAN MANUSIA

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada akhir tahu 1960. Peta minda juga dikenali sebagai "swiss army knife for the brain" oleh orang barat. Menurut Tony Buzan (2002), penggunaan peta minda amat meluas dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Matlamat Tony Buzan membina peta minda adalah untuk membolehkan manual operasi otak manusia berfikir secara kreatif dan kritis.

Tujuan penggunaan peta minda :


  • Untuk membuat nota mudah pada sesebuah topik.
  • Mengingat sesuatu dengan mudah.
  • Menggabungkan dan menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.
  • Satu teknik memori dan mengeluarkan idea yang kompleks.

Peta minda sememangnya dapat memberikan impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Selain dapat menyalin nota dengan mudah, mereka juga dapat membaca nota tersebut dengan cepat berkesan. Dibawah merupakan contoh peta minda yang paling praktikal :










3. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SmartDraw?

SmartDraw merupakan sebuah perisian yang dinyatakan sebagai perisian grafik. Ia dibangunkan oleh SmartDraw.com. SmartDraw digunakan untuk membuat graf, carta alir, carta gant, persembahan grafik, mereka bentuk perisian dan bermacam lagi. Walaupun perisian dinyatakan sebagai perisian grafik perniagaan namun ia juga sangat sesuai untuk pelbagai lain seperti sekolah dan sebagainya.

Kelebihan penggunaan SmartDraw :
  • Menjimatkan masa untuk mencari bahan yang diperlukan. 
  • Memberi idea dan juga pendapat bagi menghasilkan kerja yang lebih kreatif.
  • Segala kerja yang dilakukan dalam SmartDraw ini boleh dipindahkan ke word, excell dan power point dengan mudah sekali. Ini kerana ia telah menyediakan 'link button' ke aplikasi tersebut.



PENDEKATAN MEMBACA



Pada hari ini, kemajuan teknologi semakin meningkat dan berkembang maju. Oleh itu, memahami dan memiliki ilmu adalah sangat perlu agar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dengan cara yang betul dan mampu memberi masalah kepada semua manusia. Maka, sebagai pokok pangkalnya, setiap individu perlu mempunyai keupayaan untuk membaca dengan baik. Justeru, pelbagai pendekatan kemahiran membaca boleh dilaksanakan untuk mengajar murid-murid lantas dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran membaca kepada yang lebih baik.

 Imbas kembali

Imbas kembali merujuk kepada mengingat semula sesuatu perkara yang pernah dilalui dan pernah diperolehi. Dalam hal ini, ia amat berkait rapat dengan pengalaman seseorang individu. Dalam konteks kemahiran membaca, pendekatan imbas kembali sesuai dilakukan terhadap kanak-kanak yang masih berada di awal usia persekolahan seperti pra-sekolah, tadika termasuklah murid sekolah rendah yang lain.  Begitu juga halnya bagi pelajar sekolah menengah, mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan individu yang lain. Menerusi pendekatan imbas kembali, masing-masing dapat meningkatkan pencapaian dalam kehidupan yang merangkumi aspek pendidikan, kerjaya dan seumpamanya.

 Berikut adalah kepentingan imbas kembali :

  •   Mengukuhkan ingatan murid sekolah terhadap abjad dan nombor asas yang pernah dipelajari
  •    Memudahkan pemahaman ketika guru mengajar
  •  Memahami isi kandungan pelajaran dengan cepat
  •   Murid dapat menyebut semula abjad dan nombor asas dengan baik.
  •  Meningkatkan daya ingatan



 Fonik 

Menggunakan cara fonik juga adalah cara untuk meningkatkan keupayaan pembacaan. Lazimnya, pendekatan menggunakan fonik akan dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang sukar untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Hari ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengimplementasikan Program Linus dan kelas pemulihan. Menerusi ppendekatan fonik, guru biasanya akan mengajar murid untuk mengenal abjad asas dan kemudiannya diikutu dengan mempelajari suku kata di mana, suku kata itu akan diajar satu-persatu sehingg murid menguasai kemahiran menyebutnya. Ketika mengajar fonik, cara yang sesuai digunakan adalah menggunakan kad huruf berwarna, kad bergambar, kad bergambar bersama suku kata. Oleh hal  yang demikian, murid akan mudah faham kerana mereka tertarik dengan kad yang mempunyai warna-warna yang menarik. 

Berikut adalah  kepentingan fonik :
  •   Murid mudah tertarik.
  •   Menarik perhatian murid.
  •  Kaedah pengajaran yang berperingkat
  •  Kaedah pembelajaran dari mudah ke susah
  •   Murid mudah mengingati huruf-huruf dan suku kata
  •  Mudah digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran




               
 Ilustrasi

Pendekatan membaca seharusnya sesuai untuk semua lapisan umur dan peringkat pendidikan.  Disebabkan hal tersebut, para pendidik pada zaman ini sentiasa berusaha dan berinovasi untuk memperkenalkan dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, cara menggunakan ilustrasi didapati dapat meningkatkan keupayaan pembacaan seseorang individu. Sesetengah murid, pelajar di sekolah menengah, para penuntut di institute pengajian tinggi, mereka yang telah berkerjaya mahupun ibu bapa di rumah, lebih selesa menggunakan bentuk-bentuk ilustrasi untuk membaca sesuatu. Contoh ilustrasi yang dimaksudkan adalah symbol-simbol pada peta, petunjuk di jalan raya, kata kunci pada peta minda, ringkasan perkataan yang terdapat di dalam nota-nota dan seumpamanya. Terbukti semua cara ini diterima oleh semua individu apabila kita sanagat memerlukannya dalam pelbagai situasi kehidupan kita.

 Kepentingan illustrasi :
  • Penggunaan gambar menjadikan pembelajaran lebih manarik.
  •   Menjimatkan ruang
  •   Menjimatkan masa
  •   Mudah difahami






Bentuk dan saiz tulisan yang sesuai

Dalam banyak hal, ramai di antara kita yang sering mengabaikan aspek kesesuaian tulisan ketika menulis sesuatu. Disebabkan oleh keinginan menyiapkan sesuatu dengan cepat, sebahagian besar individu tidak memikirkan kesan yang timbul akibat daripada tulisan yang kurang kemas sehingga menyukarkan orang lain untuk membaca. Oleh hal yang demikian, melatih diri menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur adalag penting untuk semua orang. Selain itu, saiz tulisan juga memainkan peranannya yang tersendiri. Tidak semua individu mampu membaca tulisan yang kecil. Masalah pada mata boleh sahaja menyukarkan seseorang ketika mereka membaca. Disebabkan itu, menulis menggunakan saiz tertentu perlu mengikut keperluan murid-murid ketika guru ingin membaca. Tambahan pula, pada zaman ini, kemudahan teknologi telah semakin sebati dalam proses pengajaran dan pembelajaran lalu menjadikan sebahagian individu semakin kurang menulis dan hanya berharap pada kekunci komputer sahaja.

 Kepentingan  bentuk dan saiz tulisan :
  • Tulisan yang kemas mudah dibaca
  •  Tulisan yang besar memudahkan individu yang bermasalah penglihatan (rabun teruk.
  •    Melatih keupayaan psikomotor halus
  •   Memastikan koordinasi mata dan tangan sentiasa berada dalam keadaan yang baik





Permainan

Bagi guru yang yang kreatif, tentunya mereka akan sentiasa memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Bagi melaksanakan pemdekatan membaca menerusi cara bermain, pelbagai inisiatif boleh dilakukan bersama dengan murid-murid. Untuk itu, bukan sekadar kemudahan elektronik sahaja boleh digunakan, tetapi juga menggunakan permainan teka silang kata, isi tempat kosong, Saidina, Sahiba dank ad perkataan/ ayat yang dibuat sendiri (lebih kreatif).

 Kepentingan permainan :
  •  Murid lebih ‘enjoy’
  •   Menunjukkan keupayaan guru melaksanakan P&P yang lebih ‘advance’
  • Pendedahan kepada murid untuk menggunakan dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat.
  •   Sesi P&P lebih menarik.






Monday, May 13, 2013

JOM BELAJAR MEMBACA!!!

SERONOKNYA DAPAT BELAJAR MEMBACA RAMAI-RAMAI....


APA ITU BELAJAR MEMBACA?
  • Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.

  • Melalui pembacaan bahan yang bermanfaat, pembaca akan mendapat manfaat yang berguna itu untuk memberi ilmu tambahan. Melalui sebuah buku juga kita akan mengenal dunia walaupun tidak sempat menjelajahinya.

  • Menurut Meithy Djiwatampu (2008:38), menyatakan bahawa kegiatan membaca di sekolah merupakan salah satu tugas guru untuk membantu pelajar mencapai produk membaca.

  •  Produk membaca adalah komunikasi iaitu penyampaian fikiran dan emosi penulis kepada pelajar.

 

JOM KETAHUI TEORI-TEORI MEMBACA!!!






MODEL TEORI BOTTOM-UP

  • Bottom-up bererti dari bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju ke atas (otak/kepala). Menurut teori ini teks adalah yang menentukan pemahaman seseorang pembaca.  

  • Menurut (Harris & Sipay, 1980), membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, perincian, rangkaian persepsi  identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.

  • Menurut (Harjasuna, 1996), pula tugas utama pembaca menurut teori ini adalah proses mengekod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa. 

  • Menurut (Brown, 2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata frasa, petunjuk gramatika dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna.



MODEL TEORI TOP-DOWN


  • Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan dikembangkan oleh Goodman (1976). Model ini melihat membaca adalah sebahagian dari proses pengembangan skema seseorang yakni pembaca secara terus-menerus menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang dibuat sendiri pada saat proses membaca berlangsung. 

  • Proses membaca model ini dimulai dengan hipotesis dan prediksi-prediksi kemudian memverifikasinya dengan menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.

  • Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan strategi yang didasarkan pada penggunaan petunjuk semantik dan sintaksis, dimana untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat menggunakan petunjuk tambahan yang berupa kompetensi berbahasa yang ia miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan peranan penting dalam membentuk makna bacaan. 

  • Jadi teori Top-down dapat disimpulkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam memahami bacaan.




MODEL TEORI INTERAKTIF

  • Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengadopsi pendekatan top-down untuk memprediksi makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis. Maknanya kedua model tersebut terjadi secara spontan ketika proses membaca.

  • Menurut pandangan interaktif, membaca diawali dengan formulasi tentang hipotesis makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimah dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca. 

  • Menurut (Rubin,1982), proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakupi dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal. Pendapat ini mengisyaratkan bahwa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam masa yang sama. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif merespon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

  • Model interaktif merupakan proses aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor yang bertujuan untuk memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan bacaan dalam peristiwa membaca.



MODEL TRANSAKSIONAL

  • Membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa / konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca, dan teks.


  • Membaca adalah "aktiviti memilih." Pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau penimbulan. 


  • Pendirian kita ke arah membaca mungkin efferent (saintifik, membaca untuk info) atau estetik (seni, perasaan). Namun demikian, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang mereka akan perolehi daripada teks itu.


  • Pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya mengalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk membuat makna mereka sendiri.